Mengikut adat melayu, setiap ape yang akan dan telah berlaku perlu rasa bersyukur kepadaNya. Dikalangan masyarakat melayu di kawasan perkampungan, kebiasaannya masyarakat kampung akan menjalankan majlis atau kenduri. Antaranya, iaitu kenduri kesyukuran, doa selamat, potong jambul, bersunat, lenggang perut, kenduri arwah, perkahwinan, pernikahan, merisik, pertunangan, sambut kelahiran bayi, dll.
Masyarakat kampung akan saling tolong menolong antara satu sama lain walaupun mereka tiada pertalian darah, namun sikap saling membantu telah di pupuk ibu bapa sejak dari kecil lagi. Oleh itu sekiranya ada antara penduduk kampung yang melakukan sesuatu kenduri atau majlis, pasti ada penduduk kampung yang hadir untuk membantu tuan rumah.
Di kampung saya juga begitu, adat saling membantu ni masih tidak di tinggalkan. Di rumah saya pernah buat pelbagai kenduri dan majlis, ramai orang kampung datang menolong kami. Tak kira lah, memasak, mengemas, dll.
Disebab kami mempunyai adik beradik yang ramai, jadi kemas mengemas ni kami dah siapkan lebih awal. Jadi, bila orang kampung datang untuk membantu, tidak banyak kerja yang perlu di buat. Kerana banyak persiapan telah kami buat sendiri. Cuma keja memasak saje kami serahkan pada mereka untuk hidangan tetamu yang bakal datang kerumah.
Penduduk kampung saya kebanyakkan nya berketurunan jawa, jadi cara kami sedikit berlainan dari masyarakat lain. Apabila tetamu hadir kami akan hidangkan air terlebih dahulu. Selesai saja majlis, kami akan hidangkan makanan di dalam satu dulang (makan ambang). Nasi diletakkan didalam dulang yang dialas plastik, di atas nasi kami letak kan lauk pauk yang telah di letakkan di dalam satu mangkuk/pinggan besar(nasi ambang). Tetamu akan makan sedikit sebagai syarat saje. Yang selebihnye akan dibungkus menggunakan kertas surat khabar yang di lapik dengan plastik(berkat). Selesai makan, mereka akan bangun dan bersalam dengan seisi rumah tanda berterima kasih kepada seisi rumah kerana menjemput mereka dan memberikan mereka makanan untuk di bawa pulang.
Ada satu artikel yang saya terbaca mengatakan, "NASI AMBANG atau disebut nasi ambeng boleh dianggap antara menu masyarakat Jawa paling popular. Ia hidangan nasi mengandungi pelbagai lauk seperti ayam goreng atau masak kicap, ikan kering, sambal goreng, mi atau bihun goreng, serunding kelapa dan tempe goreng.Makanan tradisi masyarakat Jawa yang popular di Johor ini menggambarkan suasana muhibah kerana dihidangkan dalam dulang untuk dikongsi makan oleh tiga hingga lima tetamu atau dibungkus untuk dinikmati bersama ahli keluarga."
Sebenarnya, tujuan orang kampung berkumpul apabila ada majlis, selain dapat mengeratkan silaturahim ia juga menunjukkan bahawa penduduk kampung saling mengambil berat antara satu sama lain.
Selain itu, bagi ibu-ibu dan orang perempuan pula meraka dapat belajar resepi yang baru dari wanita lain di kampung itu.
Terlupe saya nak selitkan sesuatu tentang adat penduduk kampung saya ni...
Kami ada majlis yang hanya di hadiri oleh kaum perempuan sahaja dan kaum lelaki sahaja. Seperti yasinan(majlis doa selamat) hanya diadakan selepas zohor sehingga asar untuk kaum perempuan sahaja. Manakala Selepas asar, selepas magrib, dan selepas isyak hanya untuk kaum lelaki sahaja. Kecuali majlis khatam al-Quran dan majlis persandingan saje yang memerlukan kaum lelaki dan wanita hadir bersama.
Manakala bahagian masak memasak bagi majlis yang besar seperti perkahwinan kaum lelaki akan memasak dan kaun wanita akan membantu menyediakan bahan masakan. Bagi majlis kecil seperti doa selamat, dll, kaum wanita akan menyediakan bahan dan juga memasak. Kebiasaan nye, Bahan-bahan akan di sediakan sendiri oleh tuan rumah sebelum majlis berlangsung.
Begitulah adat melayu yang sehingga kini tidak ditinggalkan. Bak kata pepatah "Adat Melayu Tak Lekang Didunia". Sekian.....
MEMO : CUTI BERBLOG SEMENTARA WAKTU coz
16 years ago
0 comments:
Post a Comment